Isi maklumat syarikat dan nombor majikan

Maklumat syarikat ada di dua skrin.

Alamat dan cawangan

  1. Tetapan → Syarikat. Tab Organisasi.
  2. Isi Alamat berdaftar: Alamat baris 1, Poskod, Bandar, Negeri. Alamat ini dicetak pada payslip.
  3. Tekan Simpan Perubahan.
  4. Di kad Cawangan, tekan Tambah Cawangan, isi Nama Cawangan dan Lokasi, tekan Simpan. Geofence adalah pilihan.

Nombor majikan (LHDN, KWSP, PERKESO)

  1. Gaji → Tetapan Berkanun.
  2. Di Nombor Pendaftaran Majikan, isi No. Majikan LHDN (E), Pejabat Negeri LHDN, Kod Majikan KWSP, Kod Majikan PERKESO, telefon dan e-mel syarikat.
  3. Tekan Simpan Perubahan.

Perlu tahu: buat cawangan dulu sebelum tambah staf. Tarikh gaji masuk tidak ditetapkan di sini: Bos pilih Tarikh kredit setiap bulan semasa buat fail bank (artikel 6).